Browse > Home

| Subcribe via RSS

Tahniah, 3 Ahli Putra Rovers Lulus RAE 2009!

August 15th, 2009 | No Comments | Posted in Makluman dan Hebahan

Oleh: Adam Roeslani Roslan (9W2YPR)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 13 Ogos 2009 telah mengumumkan keputusan bagi ujian Radio Amatur (RAE) yang dijalankan di seluruh Malaysia pada 24 Jun 2009 yang lepas. Putra Rovers telah menghantar tiga orang calon bagi menduduki peperiksaan ini dan Alhamdulillah, ketiga-tiga mereka telah berjaya mendapat lulus. Untuk senarai penuh keputusan, sila rujuk laman web rasmi SKMM atau klik di sini.

Tahniah diucapkan kepada Amran Ali, Muhammad Hafiz Hakimi dan Mohd Ariff Din Anuar yang telah mendapat keputusan yang membanggakan ini. Selepas ini, ahli Putra Rovers yang mempunyai lesen untuk mengendalikan Radio Amatur akan bertambah kepada 5 orang berbanding 2 orang sebelum ini yang dimiliki oleh Shazri Mohd Azlan (9W2LPR) dan Adam Roeslani Roslan (9W2YPR). Sudah pasti, ketiga-tiga mereka ini akan memilih callsign yang berakhir dengan PR yang melambangkan Putra Rovers. Juga, kami akan bekerja untuk mendapatkan callsign untuk kelab, 9M4CSR jika tiada halangan.

Akhir kata, tahniah kepada mereka bertiga. Dan kepada yang berminat untuk memiliki callsign radio amatur anda, anda boleh menduduki peperiksaan RAE seterusnya pada hujung tahun ini. Saya akan meletakkan notis pemberitahuan di sini pada sedikit masa lagi. Salam 73.

Laporan & Gambar: Jambori Ke-7 Melaka Bandaraya Warisan Dunia 2009

June 9th, 2009 | 1 Comment | Posted in Jambori

Berikut adalah sebahagian daripada gambar semasa perjalanan Putra Rovers ke Melaka dari Perlis untuk menyertai Jambori Ke-7 Melaka Bandaraya Warisan Dunia  2009. Laporan akan menyusul kemudian.

img_6440

img_6446

Klik untuk meneruskan bacaan… »

Mesyuarat Agung ke-5 Kelana Putra 2009

May 25th, 2009 | No Comments | Posted in Aktiviti

agm52009header

Pada hari Ahad, 23 Mei 2009 Pengakap Kelana Putra telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-5 Tahun 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Belia Negara Negeri Perlis. Mesyuarat yang dihadiri oleh 12 orang ahli Putra Rovers dan dirasmikan oleh En. Azmi bin Abdullah selaku penasihat Putra Rovers.

Klik untuk meneruskan bacaan… »

Jambori Ke-7 Melaka Bandaraya Bersejarah 2009

May 22nd, 2009 | 1 Comment | Posted in Jambori

Tarikh: 30hb Mei sehingga 4hb Jun 2009
Tempat: Kem Pengakap Tan Chay Yan Bukit Katil, Melaka Bandaraya Bersejarah
Terbuka kepada: Pengakap REMAJA sahaja
Tarikh tutup permohonan: 27hb Mac 2009

Tema : ‘ KEAMANAN SEJAGAT ’
Yuran : Yuran Jambori sahaja sebanyak RM 80.00 seorang dibayar secara tunai semasa pendaftaran. Yuran ini meliputi aktiviti Jambori, pengangkutansemasa aktiviti lawatan dalam Melaka dan Kit Jambori (kemeja ‘T’, lencana Jambori, lencana aktiviti, sijil, buku panduan, tag)

Peserta : Peserta hendaklah berumur 13 hingga 17 tahun. Setiap 10 orang peserta hendaklah diiringi oleh seorang pemimpin dewasa. Penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Negeri masing – masing.
Aktiviti : Pelbagai aktiviti disediakan antaranya ialah lawatan, halangan, indaba,kebudayaan , xpdc, permainan, khidmat masyarakat , radio amatur , aktiviti air & pelbagai lagi.

Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia

April 25th, 2009 | 4 Comments | Posted in Kebangsaan

Sambutan 100 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia telah berjaya dilangsungkan di Stadium Negara Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Sambutan ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Antara tetamu kehormat yang menyertai perhimpunan ini ialah Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.

Majlis yang bermula sekitar jam 10 pagi ini dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pengakap Negara, Y. Bhg. Dato’ Seri Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh dan kemudiannya ucapan perasmian oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kemudian, Tun Haji Abdullah menyampaikan Pingat Penghargaan 100 Tahun Pengakap Malaysia kepada 100 individu yang telah berkhidmat dengan Pengakap sempena sambutan ulang tahun pertubuhan Pengakap.

Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian dan kebudayaan oleh kontigen negeri Johor Darul Takzim. Kira -kira 5,000 pemimpin dan ahli pengakap dari seluruh negara serta wakil-wakil pengakap antarabangsa dari 15 negara hadir pada sambutan bersejarah itu. Kami dari Putra Rovers mewakili kontigen negeri Perlis mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun ke-100 kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Klik untuk meneruskan bacaan… »