Kursus Asas Kayak Tahap Satu Peringkat Negeri Perlis 2008
Kementerian Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menganjurkan Kursus Asas Kayak Tahap Satu Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung selama empat hari tiga malam bertempat di Sungai Sedim, Kulim, Kedah.
Pada 05 Jun 2008, semua peserta berkumpul di ibu pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis tepat jam 8.30 pagi untuk proses pendaftaran. Pada jam 11 pagi para peserta bertolak ke Sungai Sedim menaiki bas dan tiba di sana kira-kira jam 3.00 petang. Para peserta dibawa masuk ke tapak perkhemahan Rapid Fire Eco Camp menaiki Land Rover. Setibanya di Rapid Fire Eco Camp, para peserta diberi taklimat ringkas dan kemudian persiapan diri. Pada waktu malam, para peserta mengikuti taklimat Teori Asas Kayak Satu.
Keesokkannya, para peserta diberi peluang untuk mencuba aktiviti kayak di sungai yang berarus deras. Para peserta juga diajar tentang cara-cara menyelamat mangsa yang menggunakan “Throw Line”. Pada malam hari, para peserta mendengar taklimat daripada jurulatih untuk ekspidisi kayak pada keesokan harinya sejauh 7km yang mempunyai selekoh dan jeram yang bahaya.
Hari terakhir, para peserta bersiap sedia untuk ekspidisi kayak seperti yang dijanjikan. Ekspidisi selama tiga jam itu meninggalkan seribu satu kenangan kepada para peserta. Jelas terpancar kepuasan di muka masing-masing. Pada petangnya, para peserta berbincang tentang ekspidisi mereka tadi dan kesilapan-kesilapan mereka. Pada malam tersebut, para peserta memanggang ikan dan ayam sebagai tanda kejayaan ekspidisi mereka siang tadi. Selepas makan, mereka diwajibkan untuk menduduki peperiksaan teori kayak yang bertujuan untuk menguji minda para peserta.





