Ekspidisi Utara Putra Rovers 2008 Bah. 1
MAKLUMAT PROGRAM
Nama Program: Ekspidisi Utara Putra Rovers 2008
Tarikh: 21 – 22 Disember 2008
Tempat: Perak, Pulau Pinang & Kedah
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Saiful Azwan Bin Sulaiman
Naib Pengerusi : Amir Bin Ali
Setiausaha : Mohd Ariff Din Bin M. Anuar
Penolong Setiausaha : Muhammad Hafiz Bin Hakimi
Bendahari : Amran Bin Ali
Penolong Bendahari : Anas Bin Abd Rahim
AJK : Shazri Mohd Azlan Bin Saad
Komunikasi : Amran Bin Ali
Kerohanian ibadat & Pertolongan Cemas : Anas Bin Abd Rahim
Keselamatan : Shazri Mohd Azlan Bin Saad
Tugas-tugas Khas : Saiful Azwan Bin Sulaiman
Driver Pertama : Muhammad Hafiz Bin Hakimi
Driver Kedua : Shazri Mohd Azlan Bin Saad
Penunjuk Arah Pertama : Amran Bin Ali
Penunjuk Arah Kedua : Mohd Ariff Din Bin M. Anuar
Jurugambar Pertama : Amir Bin Ali
Jurugambar Kedua : Anas Bin Abd Rahim
Pencatat Pertama : Mohd Ariff Din Bin M. Anuar
Pencatat Kedua : Amran Bin Ali
Pencatat KeTIGA : Saiful Azwan Bin Sulaiman
JURNAL PROGRAM
Hari Pertama : 21 Disember 2008
0230 - Kami bertolak dari rumah Saiful Azwan pada jam 0230 menuju ke Restoran Nasmir, Alor Star untuk bersarapan pagi. Perjalanan dimulakan lebih awal daripada yang dirancang dalam 3 mesyuarat sebelum ini kerana semua ahli ekspidisi sudah siap sedia dan tidak mahu lagi membuang masa. Dimulakan dengan bacaan doa selamat yang disampaikan oleh saudara Anas selaku AJK yang memegang jawatan kerohanian ibadat serta pertolongan cemas. Seterusnya taklimat ringkas mengenai perjalanan disampaikan oleh saudara amran selaku penunjuk arah pertama bagi ekspidisi kali ini dan juga selaku Penasihat Pengakap Kelana Putra.
0325 - Kami telah sampai ke Bandaraya Alor Star pada jam 0325. kami mengambil keputusan untuk melawati tempat sejarah yang terdapat di sekitar Menara Alor Star seperti istana-istana lama dan bangunan-bangunan yang bersejarah. Kami mengambil masa selama 15minit di sekitar bandaraya Alor Star.





