Ekspidisi Utara Putra Rovers 2008 Bah. 2
Sambungan daripada Ekspidisi Utara Putra Rovers 2008 Bah. 1
1125 - Alhamdulillah, kami dapat sampai ke puncak Bukit Larut dengan selamatnya. Selepas turun dari Land Rover, masing masing masih pening lalat. Kami berehat sebentar di pondok berhampiran sebelum berjalan jalan di kawasan berhampiran. Kami dimaklumkan, kami diberi masa selama 1 jam 30 minit di atas ini. Kami meninjau keindahan Taiping dari atas, ternyata sungguh indah. Semua ini diilhamkan oleh William Edward Maxwell yang juga merupakan residen British di Perak.
1300 - Setelah menunggu giliran untuk turun ke Kaki Bukit Larut, Land Rover yang membawa kami keatas sampai untuk membawa kami turun. Walaupun hanya 1 jam 30 minit diberikan oleh pegawai terbabit, kami berasa amat bertuah kerana dapat menjejakkan kaki di Bukit Larut. Yang pastinya setiap kenangan disini akan dikenang oleh setiap ahli ekspidisi.
1330 - Kami sampai di Kaki Bukit Larut. Pada perjalanan turun, pemandu lain yang membawa kami turun. Beliau memandu dengan agak berhemah dan perlahan. Maklumlah, jika tersilap langkah, kami semua akan terbabas ke dalam gaung. Bukti yang menunjukkan beliau berhemah adalah, saudara hafiz dan saiful dapat tidur dalam perjalanan turun kebawah.
1400 - Kami bergerak untuk ke destinasi yang seterusnya. Kami singgah sebentar di masjid sebentar tadi untuk solat zohor dan solat asar secara jamak. Ketika di masjid terbabit, terdapat rombongan pengantin. Orang yang agak ramai memenuhi perkarangan masjid terbabit membuatkan kami terus gerak menuju ke destinasi yang seterusnya setelah selesai solat.
1530 - Kami telah pun sampai di AutoCity penang, dalam perancangan, kami akan makan tengah hari disini. Kami singgah di McD AutoCity untuk makan tengah hari. Dengan cuaca yang agak panas, kami makan dengan agak cepat dan terus menaiki kenderaan untuk bergerak ke destinasi yang seterunya, Pulau Pinang.
1630 - Setelah bertolak dari AutoCity sebentar tadi, kami sampai di Jambatan Pulau Pinang yang merupakan salah satu mercu tanda negara Malaysia. Dengan keadaan yang agak sesak di Plaza Tol Jambatan menyebabkan kesesakan lalulintas sehingga 3-4 km dari Plaza Tol. Kami meneruskan perjalanan dengan agak berhati-hati. Biar lambat asalkan selamat.
1730 - Kami sampai ke Air Hitam. Disini terdapat Tokong Kek Lok SI dan juga kedai kedai yang menjual cederamata Pulau Pinang. Kami sampai agak lewat kerana tempat ini tutup pada jam 1900. kami jalan jalan sebentar di kawasan ini untuk membeli cenderamata.
1830 - Kami seterusnya bergerak ke Botanical Garden yang merupakan tempat berlakunya Jambori Malaysia yang pertama. Sekarang ini tapak Jambori terbabit telah ditutup untuk tujuan menaik taraf kawasan perlancongan terbabit. Kami memutuskan untuk bersiar-siar sebentar di Botanical Garden/Taman Bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok di kawasan ini. Kami berehat sambil makan aiskrim di bawah sepohon pokok yang diberi nama pokok Angsana/Sena. Pokok yang rendang sebegini, amat sesuai untuk berehat. Setelah berehat, pada pukul 1930 kami menuju ke Batu Ferringhi.
2000 - Kami sampai di Batu Feringghi. Saudara hafiz mencadangkan untuk bersiar-siar di kawasan ini. Di sini, ia mempunyai pasar malam yang dipenuhi pelancong asing dan juga tempatan. Mungkin ada buah tangan yang dapat dibeli untuk dibawa pulang. Keadaan yang agak sesak, kami solat di salah sebuah masjid lama di kawasan terbebut.
2230 - Kami singgah untuk makan malam di Restoran Kassim Mustapha berhampiran Giant Bayan Baru. Saudara Amran menelefon Saudara Faisal, Penolong Pesuruhajaya Daerah Pengakap Balik Pulau serta 2 orang Pengakap Kelana Balik Pulau. Kami, Pengakap Kelana Putra mempunyai hubungan yang baik dengan Pengakap Balik Pulu. Kami sembang sebentar dengan beliau dan merancang perkhemahan integrasi Perlis-Pulau Pinang untuk masa hadapan.
2345 - Setelah selesai makan, kami bersalam salaman dengan beliau. Dan meneruskan perjalanan kami untuk ke Air Panas leggong, Baling Kedah.
Hari Kedua : 22 Disember 2008
0030 - Setelah keluar dari Georgetown, kami berhenti di stesen minyak Esso Seberang Prai untuk mengisi minyak. Kami mengisi minyak sebanyak RM60 untuk meneruskan perjalanan kami yang seterusnya ke air panas dan juga ke Gunung Jerai. Setelah selesai mengisi minyak, kami betolak ke air panas mengikut jalan kawasan teknologi tinggi Kulim.
0200 - Dengan perjalanan selama 1 jam 30 minit, kami sampai ke air panas leggong pada jam 0200. Saudara Amran memberi masa kepada kami selama 2 jam untuk beristirahat di kawasan air panas tersebut, hanya saudara amran dan anas yang tidak mandi di kawasan air panas tersebut, bagi saudara Azlan yang asyik menyebut air panas sejak dari tengah hari tadi, begitu gembira dapat sampai disini. Kami mengambil masa selama 45minit sahaja untuk mandi kerana terasa letih dan tidak berniat untuk mandi dengan agak lama di situ.
0300 - Kami keluar dari kawasan tersebut dengan dipandu oleh pemandu kedua, saudara azlan. Semua ahli yang lain telah keletihan dan ada yang telah tidur. Di pertengahan jalan sebelum sampai ke Sungai Petani, Saudara Ariff telah mengambil alih tugas saudara Amran sebagai penunjuk arah kedua. Saudara Azlan memandu dengan keadaan yang agak berhemah.
0530 - Kami sampai di Sungai Petani, kami singgah sebentar di Restoran Nasmir Sungai Petani, Pada mulanya kami ingin bersarapan di sini, tetapi masing masing telah tidur sehingga ke subuh. Setelah selesai solat subuh, kami bertolak ke tapak Rekreasi Tupah untuk mandi, tetapi masing masing masih mengantuk dan terus sambung tidur.
0800 - Kami semua bangun dan ingin meneruskan perjalanan kami yang berbaki lagi 7 jam. Kami pada mulanya ingin mandi di Tupah tetapi membatalkan hasrat dan terus menuju ke Tanjung Dawai. Kami mandi dan berehat di Masjid Tanjung Dawai kira kira 3 jam.
1100 - Kami bertolak keluar dari masjid tersebut dan terus ke pekan Tanjung Dawai. Kami berhenti untuk makan tengah hari di tepi pantai yang menghadap Pantai merdeka. Kami semua sudah berasa amat letih dan tidak sabar untuk pulang dengan sejuta kenangan di ingatan.
1230 - Kami bertolak pulang ke Perlis dengan mengikut jalan Yan dan jalan Kuala Kedah. Kami pulang dengan hati yang ceria walaupun telah penat. Perjalanan ekspidisi kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah mahupun dari ahli dan juga dari segi pengangkutan.
1430 - Kami sampai ke Perlis, di rumah saudara Saiful selaku pengerusi ekspedisi kali ini. Jumlah jarak perjalanan kami adalah 750km dan memakan masa selama 36jam. Ini merupakan salah satu rekod bagi pasukan Pengakap Kelana Putra.
KESIMPULAN DAN PENUTUP
Sepanjang perjalanan kami ke Bukit Larut dan Destinasi lain. Kami dapat pergi dan pulang dengan keadaan yang selamat. Syukur Alhamdulillah kami ucapkan kepada Allah SWT. Kami dapat pulang dengan selamat. Kami melakukan aktiviti ini sempenan menyokong Kerajaan Malaysia seiring penurunan harga petrol dan juga mengamalkan Undang-undang pengakap yang sering diketepikan.






April 10th, 2009 at 8:33 pm
tahniah…
teruskan aktiviti anda tp harus dingat pastikan anda mendpt rehat scukupnya swaktu melakukan setiap aktiviti…
awas!! elakan kecuian.
wasalm