Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia

Sambutan 100 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia telah berjaya dilangsungkan di Stadium Negara Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Sambutan ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Antara tetamu kehormat yang menyertai perhimpunan ini ialah Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.
Majlis yang bermula sekitar jam 10 pagi ini dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pengakap Negara, Y. Bhg. Dato’ Seri Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh dan kemudiannya ucapan perasmian oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kemudian, Tun Haji Abdullah menyampaikan Pingat Penghargaan 100 Tahun Pengakap Malaysia kepada 100 individu yang telah berkhidmat dengan Pengakap sempena sambutan ulang tahun pertubuhan Pengakap.
Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian dan kebudayaan oleh kontigen negeri Johor Darul Takzim. Kira -kira 5,000 pemimpin dan ahli pengakap dari seluruh negara serta wakil-wakil pengakap antarabangsa dari 15 negara hadir pada sambutan bersejarah itu. Kami dari Putra Rovers mewakili kontigen negeri Perlis mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun ke-100 kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Kontigen Perlis

Suasana di Stadium Negara

Saudara Amran Ali dan Saiful Azwan

Penganugerahan Pingat kepada Dato’ Seri Shahidan

Penyerahan Cenderahati oleh Kontigen Perlis






April 25th, 2009 at 4:12 pm
Walau diwakili 5 orang, namun semangat tetap membara
April 25th, 2009 at 8:28 pm
Adam, thanks coz view my rover blog..
your pic at Stadium Negara is nice..
stylo beb…
April 25th, 2009 at 9:49 pm
@Rudy syah
Selamat datang ke Putra Rovers. Rajin-rajin la melawat ke sini ya. Terima kasih, gambar biasa-biasa sahaja.
April 27th, 2009 at 4:35 am
Ini adalah acara sekali seumur hidup…Selepas orang Malaysia berpengakap 100 tahun beb! Pengakap yang hadir di majlis keramat ini dikira paling bernasib baik. Rombongan dari seluruh negara pergi dengan penuh bersemangat. Stadium Negara dijangka melimpah dengan pelbagai kategori pengakap. Tapi realitinya kenapa masih banyak kerusi kosong? mana ahli2 dari WP Kuala Lumpur & Selangor? Pameran 100 tahun Berpengakap mcm pameran persatuan sekolah, macam PPM tak ada arkib. Acara sambutan pula hanya yell dan kawalan kehormatan utk VIP, ucapan2 dan penganugerahan medal peringatan. Selepas 100 tahun berpengakap, kita masih kering dengan idea2 kreatif untuk menjadikan sambutan ini sbg acara paling bermakna. Memori acara keramat ini hanyalah sekeping sijil penyertaan, lencana dan sebatang pen yang boleh diperolehi dengan biaya RM10. Pegawai2 di Rumah BP sepatutnya tunjukkan komitmen yang sebenarnya, agar ahli-ahli pengakap seluruh negara meyakini bahawa mereka dipimpin oleh kepimpinan yang matang, sematang Pertubuhan yang bergerak selama 100 tahun!
March 23rd, 2010 at 10:28 am
[...] Sambutan Ulangtahun 100 Tahun Pengakap Malaysia AKPC_IDS += “3922,”;Popularity: unranked [?] [...]
March 23rd, 2010 at 10:28 am
[...] Sambutan Ulangtahun 100 Tahun Pengakap Malaysia AKPC_IDS += “3922,”;Popularity: unranked [?] [...]