Mesyuarat Agung ke-5 Kelana Putra 2009

Pada hari Ahad, 23 Mei 2009 Pengakap Kelana Putra telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-5 Tahun 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Belia Negara Negeri Perlis. Mesyuarat yang dihadiri oleh 12 orang ahli Putra Rovers dan dirasmikan oleh En. Azmi bin Abdullah selaku penasihat Putra Rovers.
Majlis dimulakan pada jam 2.30 petang yang dipengerusikan oleh Saudari Khalilah Khairi dan agenda dalam mensyuarat kali ini ialah untuk pembubaran ahli jawatankuasa tahun 2008 dan melantik beberapa barisan baru untuk tahun 2009. Ahli Putra Rovers sebulat suara bersetuju melantik semula Saudara Amran Ali sebagai Pengerusi Putra Rovers bagi tahun 2009 ini dan Timbalan Pengerusi masih dikekalkan kepada Saudara Ariff Din bin Anuar. Untuk senarai lengkap Carta Organisasi 2009, anda boleh merujuk ke Profil Putra Rovers melalui pautan di atas.
Mensyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang oleh tuan pengerusi.

En. Azmi Abdullah bersama Amir Ali, mantan Pengerusi 2008

Amran Ali, Amir Ali, Saiful Azwan, Nur Azie dan Bib

Faris, Azie, Hafiz, Nu’man, Ariff, Adam, Amran, Khalilah dan Amir

Barisan AJK 2009 yang dilantik

Nu’man, Faris dan Ariff





