Tahniah, 3 Ahli Putra Rovers Lulus RAE 2009!

Oleh: Adam Roeslani Roslan (9W2YPR)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 13 Ogos 2009 telah mengumumkan keputusan bagi ujian Radio Amatur (RAE) yang dijalankan di seluruh Malaysia pada 24 Jun 2009 yang lepas. Putra Rovers telah menghantar tiga orang calon bagi menduduki peperiksaan ini dan Alhamdulillah, ketiga-tiga mereka telah berjaya mendapat lulus. Untuk senarai penuh keputusan, sila rujuk laman web rasmi SKMM atau klik di sini.
Tahniah diucapkan kepada Amran Ali, Muhammad Hafiz Hakimi dan Mohd Ariff Din Anuar yang telah mendapat keputusan yang membanggakan ini. Selepas ini, ahli Putra Rovers yang mempunyai lesen untuk mengendalikan Radio Amatur akan bertambah kepada 5 orang berbanding 2 orang sebelum ini yang dimiliki oleh Shazri Mohd Azlan (9W2LPR) dan Adam Roeslani Roslan (9W2YPR). Sudah pasti, ketiga-tiga mereka ini akan memilih callsign yang berakhir dengan PR yang melambangkan Putra Rovers. Juga, kami akan bekerja untuk mendapatkan callsign untuk kelab, 9M4CSR jika tiada halangan.
Akhir kata, tahniah kepada mereka bertiga. Dan kepada yang berminat untuk memiliki callsign radio amatur anda, anda boleh menduduki peperiksaan RAE seterusnya pada hujung tahun ini. Saya akan meletakkan notis pemberitahuan di sini pada sedikit masa lagi. Salam 73.





