Browse > Home / Archive by category 'Aktiviti'

| Subcribe via RSS

Ekspidisi Utara Putra Rovers 2008 Bah. 1

May 18th, 2012 | Comments Off | Posted in Aktiviti

MAKLUMAT PROGRAM

Nama Program: Ekspidisi Utara Putra Rovers 2008
Tarikh: 21 – 22 Disember 2008
Tempat: Perak, Pulau Pinang & Kedah

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Saiful Azwan Bin Sulaiman
Naib Pengerusi : Amir Bin Ali
Setiausaha : Mohd Ariff Din Bin M. Anuar
Penolong Setiausaha : Muhammad Hafiz Bin Hakimi
Bendahari : Amran Bin Ali
Penolong Bendahari : Anas Bin Abd Rahim
AJK : Shazri Mohd Azlan Bin Saad
Komunikasi : Amran Bin Ali
Kerohanian ibadat & Pertolongan Cemas : Anas Bin Abd Rahim
Keselamatan : Shazri Mohd Azlan Bin Saad
Tugas-tugas Khas : Saiful Azwan Bin Sulaiman
Driver Pertama : Muhammad Hafiz Bin Hakimi
Driver Kedua : Shazri Mohd Azlan Bin Saad
Penunjuk Arah Pertama : Amran Bin Ali
Penunjuk Arah Kedua : Mohd Ariff Din Bin M. Anuar
Jurugambar Pertama : Amir Bin Ali
Jurugambar Kedua : Anas Bin Abd Rahim
Pencatat Pertama : Mohd Ariff Din Bin M. Anuar
Pencatat Kedua : Amran Bin Ali
Pencatat KeTIGA : Saiful Azwan Bin Sulaiman

JURNAL PROGRAM

Hari Pertama : 21 Disember 2008

0230 – Kami bertolak dari rumah Saiful Azwan pada jam 0230 menuju ke Restoran Nasmir, Alor Star untuk bersarapan pagi. Perjalanan dimulakan lebih awal daripada yang dirancang dalam 3 mesyuarat sebelum ini kerana semua ahli ekspidisi sudah siap sedia dan tidak mahu lagi membuang masa. Dimulakan dengan bacaan doa selamat yang disampaikan oleh saudara Anas selaku AJK yang memegang jawatan kerohanian ibadat serta pertolongan cemas. Seterusnya taklimat ringkas mengenai perjalanan disampaikan oleh saudara amran selaku penunjuk arah pertama bagi ekspidisi kali ini dan juga selaku Penasihat Pengakap Kelana Putra.

0325 – Kami telah sampai ke Bandaraya Alor Star pada jam 0325. kami mengambil keputusan untuk melawati tempat sejarah yang terdapat di sekitar Menara Alor Star seperti istana-istana lama dan bangunan-bangunan yang bersejarah. Kami mengambil masa selama 15minit di sekitar bandaraya Alor Star.

Klik untuk meneruskan bacaan… »

Ekspidisi Utara Putra Rovers 2008 Bah. 2

May 17th, 2012 | 1 Comment | Posted in Aktiviti

Sambungan daripada Ekspidisi Utara Putra Rovers 2008 Bah. 1

1125 – Alhamdulillah, kami dapat sampai ke puncak Bukit Larut dengan selamatnya. Selepas turun dari Land Rover, masing masing masih pening lalat. Kami berehat sebentar di pondok berhampiran sebelum berjalan jalan di kawasan berhampiran. Kami dimaklumkan, kami diberi masa selama 1 jam 30 minit di atas ini. Kami meninjau keindahan Taiping dari atas, ternyata sungguh indah. Semua ini diilhamkan oleh William Edward Maxwell yang juga merupakan residen British di Perak.

1300 – Setelah menunggu giliran untuk turun ke Kaki Bukit Larut, Land Rover yang membawa kami keatas sampai untuk membawa kami turun. Walaupun hanya 1 jam 30 minit diberikan oleh pegawai terbabit, kami berasa amat bertuah kerana dapat menjejakkan kaki di Bukit Larut. Yang pastinya setiap kenangan disini akan dikenang oleh setiap ahli ekspidisi.

1330 – Kami sampai di Kaki Bukit Larut. Pada perjalanan turun, pemandu lain yang membawa kami turun. Beliau memandu dengan agak berhemah dan perlahan. Maklumlah, jika tersilap langkah, kami semua akan terbabas ke dalam gaung. Bukti yang menunjukkan beliau berhemah adalah, saudara hafiz dan saiful dapat tidur dalam perjalanan turun kebawah.

Klik untuk meneruskan bacaan… »

Aktiviti November & Disember 2010

May 16th, 2012 | No Comments | Posted in Aktiviti

Berikut disenaraikan aktiviti yang dirancang untuk November dan Disember 2010.

  1. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kelana Negeri Perlis
    Tarikh : 14/11/10.Masa : 10 pagi
    Tempat : Kem pengakap Sg. Batu Pahat, Perlis.
    Urusetia : Amran ( 0195784942 )?
  2. Perkhemahan Daerah Perlis Barat (Rally)
    Tarikh : 19-21/11/10.
    Tempat : Kem Pengakap Sg. Batu Pahat, Perlis.
    Masa : Pendaftaran 4 ptg 19/11/10.
    Urusetia : En. Hamidon bin Ahmad ( Pesuruhjaya Daerah Perlis Barat – 012-5639053 )?
  3. Program PEK Bercuti
    Tarikh : 26-28/11/2010.
    Tempat : G.Jerai.
    Urusetia : En. Jailani Husin ( Pesuruhjaya Daerah Perlis Utara – 019-4748420 )?
  4. 3rd ASEAN JAMBOREE / 100 YEARS SINGAPORE JAMBOREE
    Tarikh : 4-9/12/10.
    Tempat : Sarimbun Scout Camp, Singapore.
    Urusetia : Amran ( Pesurujaya Perhubungan Antarabangsa – 0195784942 )
  5. Camfire End Year 2010.
    Tarikh : 17-19/12/10
    Tempat : Bukit Jernih, Chuping, Perlis.
    Masa Pendaftaran : 17/12/10 ( 4ptg )
    Urusetia : Hafiz ( 012-5086788 )?
  6. XPDC Utara Malaysia
    Tarikh : 24-26/12/10
    Tempat : Tasik Pedu, Ulu Muda, Tasik Banding, Empangan Chendering, Tasik Raban, Kuala kangsar, Taiping, Pulau Pinang.
    Urusetia : Anas bin Abd Rahim ( Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri – Pembangunan Belia – 012-4361896 )?

Sebarang pertambahan atau pindaan akan dimaklumkan. Sila berhubung dengan urusetia program untuk sebarang maklumat dan pertanyaan. Terima kasih.

Jambori Asia Pasifik ke-28 Taiwan 2011

April 21st, 2012 | No Comments | Posted in Jambori

Persatuan Pengakap Taiwan akan menganjurkan Jambori Rantau Asia-Pasifik ke 28 bersempena ulang tahun ke 100 pengakapan di Taiwan.

  • Tarikh
    11 hb. Julai – 17 hb. Julai 2011
  • Tempat
    Tasik Chengcing, Kaohsiung, Taiwan
  • Kelayakan
    Pengakap Muda dan Pengakap (11 – 17 tahun)
    Pasukan Khidmat Antarabangsa (18 – 45 Tahun)
  • Yuran Jambori
    USD 200 (Pengakap dan Pengakap Muda)
    USD 150 (Pasukan Khidmat Antarabangsa)

Penyertaan ke Jambori Rantau Asia-Pasifik ke 28 adalah dilakukan melalui Persekutuan Pengakap Malaysia sahaja. Para Pengakap berdaftar yang ingin menyertai acara Jambori Rantau Asia-Pasifik ke 28 ini, diminta berhubung dengan En. Mohd Azri bin Ramli @ Hisham, Pen. Setiausaha Eksekutif (Kewangan) & Pen. Setiausaha Eksekutif (Program) – Memangku ditalian 603 2078 0836

Berita lain di Putra Rovers

  • pengakap taiwan

4th JOTA APR Kg. Baru, Kuala Lumpur

March 25th, 2012 | No Comments | Posted in Aktiviti

Pasukan Pengakap Kelana Negeri Perlis baru sahaja pulang daripada menyertai 4th JOTA APR di Kuala Lumpur pada 2 hingga 3 Ogos 2008. Terima kasih diucapkan kepada 9M1CSB yang sudi menjemput kami dan tahniah atas kejayaan penganjuran JOTA ini.

Berita lain di Putra Rovers

  • jota in kuala lumpur