Browse > Home / Archive by category 'Aktiviti'

| Subcribe via RSS

Jambori Antarabangsa Johor ke-24

July 26th, 2011 | No Comments | Posted in Aktiviti, Jambori

Kami bergerak ke Batu Pahat melalui Lebuh Alor Gajah-Melaka-Johor pada jam 2.00 petang. Perjalanan 2 jam telah membawa kami selamat tiba di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Pada awal perancangan, PPM Perlis akan menghantar seramai 40 orang peserta namun terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana kekurangan jumlah peserta. Sebagai meneruskan perjuangan, kami tetap terus untuk menyertai Jambori ini walaupun kami bertiga.

Setibanya di tapak jambori, kami bersiar sekitar tapak perkhemahan sebelum melakukan pendaftaran. Sayangnya, jambori kali ini tidak menyediakan cenderamata t-shirt seperti kebiasaannya dan menyediakan lencana dan beg galas. Aktiviti pertama kami di tapak kem Perlis ialah menaikkan khemah dan membuat pagar. Kami menaikkan 3 buah khemah untuk setiap seorang peserta. Pada hari pertama jambori, hanya sesi suai kenal diadakan dan kami turut bersiar ke tapak kem negeri lain untuk bertemu para pemimpin dan sahabat kelana yang pernah kami berjumpa sebelum ini seperti Kelana Titiwangsa dan beberapa kelana lain yang kami jumpa semasa di BP House tahun lepas.

Klik untuk meneruskan bacaan… »

Berita lain di Putra Rovers

  • tapak kem di melaka
  • senarai tempat perkhemahan di johor
  • aktiviti perkhemahan jambori
  • tempat perkhemahan di batu pahat
  • tapak perkhemahan di batu pahat
  • tandas di tapak khemah
  • senarai aktiviti perkhemahan jambori
  • peta tempat perkemahan pengakap di sri lanka
  • perkahmahan di johor lama
  • kem perkhemahan di batu pahat

Jambori Sempadan Malaysia/Thailand 2011

July 12th, 2011 | No Comments | Posted in Kebangsaan

Jambori Sempadan Malaysia/Thailand 2011

JAMBOREE PENGAKAP SEMPADAN MALAYSIA/THAILAND 2011

Tarikh: 11-16 Julai 2011
Tempat: TRANG, Thailand (300km dari Wang Kelian Perlis)

Gambar oleh Omaq.org

Berita lain di Putra Rovers

  • jamboree pengakap 2012
  • jamboree malaysia thailand 2012
  • jamboree sempadan thailand
  • jambori sempadan malaysia-thailand
  • Jambori Pengakap Sempadan Ke-7
  • jamboree malaysia 2012
  • nama tempat sempadan thailand
  • jambori sempadan thailand malaysia wing 2011
  • jambori sempadan thailand malaysia 2011
  • jambori pengakap sempadan malaysia thailand 2011

Perkhemahan Kepimpinan 1Pengakap 1Malaysia Peringkat Negeri Perlis

May 12th, 2010 | No Comments | Posted in Aktiviti

Perkhemahan Kepimpinan 1Pengakap 1Malaysia Peringkat Negeri Perlis

PADANG BESAR 10 Mei – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu aktiviti perkhemahan pengakap dijadikan program bagi mengukuhkan perpaduan masyarakat di negara ini. Titah baginda, aktiviti sedemikian harus diteruskan dan perlu bermula dari sekolah kerana ia memberi contoh dan teladan baik untuk generasi muda.

“Ini kerana apabila meningkat dewasa secara tidak langsung mereka menjadi lebih matang dan mudah memahami agama, bangsa, keturunan dan budaya masyarakat lain di negara ini,” titah baginda. Baginda bertitah demikian semasa menutup majlis Perkhemahan Kepimpinan 1 Pengakap 1 Malaysia Peringkat Negeri Perlis di Pusat Kokurikulum Kem Tasoh di sini hari ini. Berangkat ke majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis, Mansor Lat. Sehubungan itu, baginda berharap Persekutuan Pengakap Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri merapati generasi muda melalui pendidikan positif demi melahirkan masyarakat gemilang, seimbang dan penyayang.

“Saya berharap perkhemahan ini yang berteras nilai-nilai sejagat dalam undang-undang pengakap akan membentuk modal insan yang positif dari segi emosi, jasmani dan rohani,” titah baginda. Dalam pada itu, Tuanku Syed Sirajuddin mengingatkan bahawa ahli pengakap ialah pemimpin kecil yang merupakan biasan sikap daripada masyarakat sebenar di negara ini.

“Melalui persatuan pengakap, komuniti kecil ini dapat diterap nilai masyarakat penyayang dan saling menghormati sekali gus apabila mereka berada di luar komuniti ini perasaan ini terus disemai antara kaum,” titah baginda. Baginda turut berharap agar diperbanyakkan aktiviti sedemikian yang mampu merapatkan jurang perbezaan kaum di negara ini.

‘‘Melalui penglibatan ahli pengakap Thailand yang turut hadir pada majlis ini akan dapat merapatkan hubungan Perlis dan wilayah-wilayah selatan Thailand,’’ katanya. Seramai 700 ahli pengakap terdiri daripada pelajar dan guru sekolah di negeri ini dan 22 ahli pengakap dari wilayah Satun, Thailand menghadiri majlis berkenaan.

(Berita Dipetik dari Utusan Malaysia Online)

Berita lain di Putra Rovers

  • AKTIVITI PENGAKAP
  • modul aktiviti perkhemahan
  • perkhemahan pengakap 2012
  • gambar aktiviti pengakap
  • aktiviti pengakap 2012
  • modul pengakap
  • modul perkhemahan
  • aktiviti pengakap tahun 2012
  • modul perkhemahan pengakap
  • aktiviti perkhemahan pengakap kem tango 2012

Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia

April 25th, 2009 | 6 Comments | Posted in Kebangsaan

Sambutan 100 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia telah berjaya dilangsungkan di Stadium Negara Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Sambutan ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Antara tetamu kehormat yang menyertai perhimpunan ini ialah Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.

Majlis yang bermula sekitar jam 10 pagi ini dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pengakap Negara, Y. Bhg. Dato’ Seri Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh dan kemudiannya ucapan perasmian oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kemudian, Tun Haji Abdullah menyampaikan Pingat Penghargaan 100 Tahun Pengakap Malaysia kepada 100 individu yang telah berkhidmat dengan Pengakap sempena sambutan ulang tahun pertubuhan Pengakap.

Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian dan kebudayaan oleh kontigen negeri Johor Darul Takzim. Kira -kira 5,000 pemimpin dan ahli pengakap dari seluruh negara serta wakil-wakil pengakap antarabangsa dari 15 negara hadir pada sambutan bersejarah itu. Kami dari Putra Rovers mewakili kontigen negeri Perlis mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun ke-100 kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Klik untuk meneruskan bacaan… »

Berita lain di Putra Rovers

  • stadium negara malaysia
  • Stadium Negara KL
  • stadium negara layout
  • stadium negara kl malaysia
  • senarai nama ahli pengakap malaysia seumur hidup
  • pertubuhan putera malaysia
  • stadium negara malaysia photo
  • ketua pesuruhjaya pengakap 2012
  • stadium negara photo
  • cenderahati tahun 2012