Browse > Home / Archive by category 'Perkembangan Web'

| Subcribe via RSS

Direktori Pengakap Malaysia

February 23rd, 2009 | No Comments | Posted in Perkembangan Web

Kami di Putra Rovers mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Direktori Pengakap Malaysia dengan mewujudkan direktori laman web Pengakap Malaysia ini.

Sememangnya kewujudan laman web seperti ini akan memudahkan ahli pengakap di seluruh Malaysia dan dunia mendapatkan alamat web daripada DPM dengan sekali klik sahaja. Kami di Putra Rovers menyokong penuh usaha ini dan diharapkan jalinan ini akan mewujudkan rangkaian berpengakapan yang tanpa batasan di Malaysia.

Anda boleh layari laman web Direktori Pengakap Malaysia di http://direktoripengakap.blogspot.com/.

P/S - Kami di Putra Rovers memohon ribuan kemaafan kerana tidak dapat memasukkan berita terkini di laman web ini berikutan masalah dengan pelayan. InsyaAllah selepas ini kami akan aktif untuk memasukkan berita dan perkembangan dunia berpengakapan di negeri Perlis.

Selamat Datang!

June 13th, 2008 | 2 Comments | Posted in Perkembangan Web

Selamat datang ke laman web rasmi Pengakap Kelana Putra Negeri Perlis. Kelana Putra atau dikenali sebgai Putra Rovers bukanlah sebuah pasukan Kelana yang baru dalam dunia berpengakapan walaupun usia penubuhan baru mencecah 3 tahun. Pelbagai aktiviti anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia dan Persekutuan Pengakap Negeri Perlis telah disertai dan beberapa aktiviti anjuran sendiri untuk para ahli.

Laman web ini dibangunkan oleh AJK Komunikasi dan Serantau Raya Kelana Putra bagi menempatkan maklumat dan berita semasa tentang dunia berpengakapan dan aktiviti Kelana Putra dan Negeri Perlis. Dengan adanya laman web ini, diharap dapat memberi kemudahan kepada semua pihak demi memajukan Pengakap di Malaysia.