Browse > Home

| Subcribe via RSS

Mesyuarat Agung ke-5 Kelana Putra 2009

December 24th, 2011 | No Comments | Posted in Aktiviti

agm52009header

Pada hari Ahad, 23 Mei 2009 Pengakap Kelana Putra telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-5 Tahun 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Belia Negara Negeri Perlis. Mesyuarat yang dihadiri oleh 12 orang ahli Putra Rovers dan dirasmikan oleh En. Azmi bin Abdullah selaku penasihat Putra Rovers.

Klik untuk meneruskan bacaan… »

Direktori Pengakap Malaysia

December 14th, 2011 | No Comments | Posted in Perkembangan Web

Kami di Putra Rovers mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Direktori Pengakap Malaysia dengan mewujudkan direktori laman web Pengakap Malaysia ini.

Sememangnya kewujudan laman web seperti ini akan memudahkan ahli pengakap di seluruh Malaysia dan dunia mendapatkan alamat web daripada DPM dengan sekali klik sahaja. Kami di Putra Rovers menyokong penuh usaha ini dan diharapkan jalinan ini akan mewujudkan rangkaian berpengakapan yang tanpa batasan di Malaysia.

Anda boleh layari laman web Direktori Pengakap Malaysia di http://direktoripengakap.blogspot.com/.

P/S – Kami di Putra Rovers memohon ribuan kemaafan kerana tidak dapat memasukkan berita terkini di laman web ini berikutan masalah dengan pelayan. InsyaAllah selepas ini kami akan aktif untuk memasukkan berita dan perkembangan dunia berpengakapan di negeri Perlis.

Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-1)

December 11th, 2011 | No Comments | Posted in Makluman dan Hebahan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur pada 24 Jun 2009. Individu yang berminat dan berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan adalah dipelawa untuk mendudukinya. Butiran lengkap peperiksaan adalah seperti berikut:

Tarikh: 24 Jun 2009
Masa: Jam 2:00 Petang
Tarikh Tutup Permohonan: 17 April 2009 Jam 5:00 Petang
Yuran: RM 50.00

Borang permohonan boleh diperolehi dari Ibu Pejabat SKMM, pejabat-pejabat wilayah SKMM dan melalui laman web SKMM di www.skmm.gov.my atau melalui cawangan SKMM di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berkaitan peperiksaan ini, sila rujuk pada hebahan di bawah.

Makluman: Tarikh Tutup Pendaftaran 2009

December 1st, 2011 | No Comments | Posted in Makluman dan Hebahan

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup Pendaftaran Putra Rovers 2009 adalah pada 28 Februari 2009.

Sebarang urusan pendaftaran boleh berurusan dengan Ketua Unit Pendaftaran, Saudara Anas Abd Rahim di talian +6.012 436 1896. Sila dapatkan borang secara manual daripada Unit Pendaftaran atau dapatkan secara online di laman web ini.

Saudara Anas Abd Rahim
No 18, Lorong 2, Taman Desa Katong 2,
01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan.
Email: tamer_putra87@hotmail.com
Telefon: +6.012 436 1896

Laporan & Gambar: Jambori Ke-7 Melaka Bandaraya Warisan Dunia 2009

November 22nd, 2011 | 1 Comment | Posted in Jambori

Berikut adalah sebahagian daripada gambar semasa perjalanan Putra Rovers ke Melaka dari Perlis untuk menyertai Jambori Ke-7 Melaka Bandaraya Warisan Dunia  2009. Laporan akan menyusul kemudian.

img_6440

img_6446

Klik untuk meneruskan bacaan… »