Browse > Home

| Subcribe via RSS

Nombor Kod Kain Pengakap

October 14th, 2011 | No Comments | Posted in Makluman dan Hebahan

Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia mengumumkan kod warna bagi pakaian rasmi Pengakap adalah seperti yang berikut.

Nombor Kod Kain Pengakap

Nombor Kod Kain Pengakap

Hebahan: Kursus Manikayu Peringkat 2

September 16th, 2011 | No Comments | Posted in Makluman dan Hebahan

manikayu

Assalamualaikum WBT. (1) Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis akan menganjurkan Kursus Manikayu Peringkat 2 Tahun 2010 seperti butiran yang berikut:

Tarikh: 2 Jun 2010
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Kem Pengakap Sungai Batu Pahat, Perlis

Kursus ini terbuka kepada semua yang layak termasuk Kelana dan Guru Pemimpin. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Amran Ali (013-4554941).

(2) Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis akan mengadakan Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis seperti butiran yang berikut:

Tarikh: 26 Mei 2010 (Rabu)
Masa: 3.30 Petang
Tempat: Pusat Sumber Sekolah Menengah Vokasional Kangar, Perlis
Pakaian: Uniform Pengakap

Kursus Asas Kayak Tahap Satu Peringkat Negeri Perlis 2008

September 9th, 2011 | No Comments | Posted in Aktiviti, Jabatan Belia dan Sukan

Kementerian Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menganjurkan Kursus Asas Kayak Tahap Satu Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung selama empat hari tiga malam bertempat di Sungai Sedim, Kulim, Kedah.

Pada 05 Jun 2008, semua peserta berkumpul di ibu pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis tepat jam 8.30 pagi untuk proses pendaftaran. Pada jam 11 pagi para peserta bertolak ke Sungai Sedim menaiki bas dan tiba di sana kira-kira jam 3.00 petang. Para peserta dibawa masuk ke tapak perkhemahan Rapid Fire Eco Camp menaiki Land Rover. Setibanya di Rapid Fire Eco Camp, para peserta diberi taklimat ringkas dan kemudian persiapan diri. Pada waktu malam, para peserta mengikuti taklimat Teori Asas Kayak Satu.

Keesokkannya, para peserta diberi peluang untuk mencuba aktiviti kayak di sungai yang berarus deras. Para peserta juga diajar tentang cara-cara menyelamat mangsa yang menggunakan “Throw Line”. Pada malam hari, para peserta mendengar taklimat daripada jurulatih untuk ekspidisi kayak pada keesokan harinya sejauh 7km yang mempunyai selekoh dan jeram yang bahaya.

Hari terakhir, para peserta bersiap sedia untuk ekspidisi kayak seperti yang dijanjikan. Ekspidisi selama tiga jam itu meninggalkan seribu satu kenangan kepada para peserta. Jelas terpancar kepuasan di muka masing-masing. Pada petangnya, para peserta berbincang tentang ekspidisi mereka tadi dan kesilapan-kesilapan mereka. Pada malam tersebut, para peserta memanggang ikan dan ayam sebagai tanda kejayaan ekspidisi mereka siang tadi. Selepas makan, mereka diwajibkan untuk menduduki peperiksaan teori kayak yang bertujuan untuk menguji minda para peserta.

Jambori Antarabangsa Johor ke-24

July 26th, 2011 | No Comments | Posted in Aktiviti, Jambori

Kami bergerak ke Batu Pahat melalui Lebuh Alor Gajah-Melaka-Johor pada jam 2.00 petang. Perjalanan 2 jam telah membawa kami selamat tiba di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Pada awal perancangan, PPM Perlis akan menghantar seramai 40 orang peserta namun terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana kekurangan jumlah peserta. Sebagai meneruskan perjuangan, kami tetap terus untuk menyertai Jambori ini walaupun kami bertiga.

Setibanya di tapak jambori, kami bersiar sekitar tapak perkhemahan sebelum melakukan pendaftaran. Sayangnya, jambori kali ini tidak menyediakan cenderamata t-shirt seperti kebiasaannya dan menyediakan lencana dan beg galas. Aktiviti pertama kami di tapak kem Perlis ialah menaikkan khemah dan membuat pagar. Kami menaikkan 3 buah khemah untuk setiap seorang peserta. Pada hari pertama jambori, hanya sesi suai kenal diadakan dan kami turut bersiar ke tapak kem negeri lain untuk bertemu para pemimpin dan sahabat kelana yang pernah kami berjumpa sebelum ini seperti Kelana Titiwangsa dan beberapa kelana lain yang kami jumpa semasa di BP House tahun lepas.

Klik untuk meneruskan bacaan… »

Jambori Sempadan Malaysia/Thailand 2011

July 12th, 2011 | No Comments | Posted in Kebangsaan

Jambori Sempadan Malaysia/Thailand 2011

JAMBOREE PENGAKAP SEMPADAN MALAYSIA/THAILAND 2011

Tarikh: 11-16 Julai 2011
Tempat: TRANG, Thailand (300km dari Wang Kelian Perlis)

Gambar oleh Omaq.org