Browse > Home /

| Subcribe via RSS

Tahniah, 3 Ahli Putra Rovers Lulus RAE 2009!

January 15th, 2012 | No Comments | Posted in Makluman dan Hebahan

Oleh: Adam Roeslani Roslan (9W2YPR)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 13 Ogos 2009 telah mengumumkan keputusan bagi ujian Radio Amatur (RAE) yang dijalankan di seluruh Malaysia pada 24 Jun 2009 yang lepas. Putra Rovers telah menghantar tiga orang calon bagi menduduki peperiksaan ini dan Alhamdulillah, ketiga-tiga mereka telah berjaya mendapat lulus. Untuk senarai penuh keputusan, sila rujuk laman web rasmi SKMM atau klik di sini.

Tahniah diucapkan kepada Amran Ali, Muhammad Hafiz Hakimi dan Mohd Ariff Din Anuar yang telah mendapat keputusan yang membanggakan ini. Selepas ini, ahli Putra Rovers yang mempunyai lesen untuk mengendalikan Radio Amatur akan bertambah kepada 5 orang berbanding 2 orang sebelum ini yang dimiliki oleh Shazri Mohd Azlan (9W2LPR) dan Adam Roeslani Roslan (9W2YPR). Sudah pasti, ketiga-tiga mereka ini akan memilih callsign yang berakhir dengan PR yang melambangkan Putra Rovers. Juga, kami akan bekerja untuk mendapatkan callsign untuk kelab, 9M4CSR jika tiada halangan.

Akhir kata, tahniah kepada mereka bertiga. Dan kepada yang berminat untuk memiliki callsign radio amatur anda, anda boleh menduduki peperiksaan RAE seterusnya pada hujung tahun ini. Saya akan meletakkan notis pemberitahuan di sini pada sedikit masa lagi. Salam 73.

Berita lain di Putra Rovers

  • ujian rae
  • ujian rae 2012

Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-1)

December 11th, 2011 | No Comments | Posted in Makluman dan Hebahan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur pada 24 Jun 2009. Individu yang berminat dan berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan adalah dipelawa untuk mendudukinya. Butiran lengkap peperiksaan adalah seperti berikut:

Tarikh: 24 Jun 2009
Masa: Jam 2:00 Petang
Tarikh Tutup Permohonan: 17 April 2009 Jam 5:00 Petang
Yuran: RM 50.00

Borang permohonan boleh diperolehi dari Ibu Pejabat SKMM, pejabat-pejabat wilayah SKMM dan melalui laman web SKMM di www.skmm.gov.my atau melalui cawangan SKMM di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berkaitan peperiksaan ini, sila rujuk pada hebahan di bawah.

Berita lain di Putra Rovers

  • skmm rae